Wednesday, April 18, 2012

Mahabbah!

siapa di sini ader tonton cite ni,samarinda tv3...pelakon pon comey..fathia very beautiful kan,minat dr masa cite nur kasih lagi..teruja tgk kecantikan dia ms tu bertudungla..sekrang pon comey tp dia dh xbertudung mm itu dia punyer la kan...tp kata² cite ni best taw..sy pon tgk iklan jer hehehe belum lg tonton sepenuhnye bukan aper kadang² tu xingat nk tgk hihihi...jom la kiter pakat tonton cite mahabbah ni..jalan cite kata nyer sedih..so aper kata kiter pakat buka tv3 mlm ni yer hihihi...

sinopsis nyer sile baca di bawah yer :- utk kepastian lebih baik kiter tonton sendiri kat tv yerkk  :)

"Mahabbah slot Samarinda di tv3 yang baru ni akan ditayangkan pada malam ni 27hb Mac 2012 menggantikan Pelangi Kasih. Antara pelakon yang akan membintangi drama Mahabbah ialah Nur Fathia, Azlee Khairi, Dato Jalaluddin Hasan, Aida Aris, Anzalna, Fazlina Ahmad Daud dan pelakon Vanila Coklat Aiman Hakim Redza.
Sinopsis
Mengisahkan seorang gadis bernama Sabila (Nur Fathia) yang hanya bekerja di butik dan jatuh cinta dengan seorang pemuda bernama Iskandar (Azlee Khairi) yang berasal dari keluarga kaya. Walaupun perhubungan cinta mereka ditentang, tetapi mereka tetap juga mendirikan rumahtangga tanpa restu keluarga pemuda tersebut.
Selepas berkahwin, mereka dianugerahkan cahaya mata yang bernama Asyraf. Meskipun kehidupan Iskandar bahagia di samping keluarga tersayang, namun di sebalik kebahagian itu dia terpaksa menanggung derita akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya.
Iskandar cuba menyembunyikan penyakit kanser yang dialaminya dari pengetahuan Sabila. Namun begitu penyakitnya itu bertambah teruk sehingga menyebabkan dia pengsan. Iskandar dikehendaki untuk menjalani pembedahan dan ini memaksa meminta pertolongan dari bapa mertuanya. Tan Sri Sabri bersetuju untuk menghulurkan bantuan tetapi mengenakan syarat supaya Sabila meninggalkan Iskandar dan Asyraf.
Sabila bersetuju untuk menuruti syarat bapa mertuanya itu dan meninggalkan Iskandar sejurus pembedahan dilakukan. Berbulan lamanya Iskandar menanti kepulangan Sabila. Namun penantian itu berakhir dengan kehadiran surat cerai daripada Sabila. Sabila terpaksa menipu dengan memberi alasan bahawa dia ingin kembali ke pangkuan bekas kekasihnya. Tan Sri Sabri berusaha untuk menjodohkan Iskandar dengan pilahannya, Kartina (Anzalna Nasir). Selepas beberapa tahun, Iskandar menjumpai Sabila menerusi majalah sebagai pereka fasyen yang berjaya. 



Asyraf disahkan mempunyai masalah lemah jantung dan memerlukan penderma. Sejurus Sabila mengetahui mengenai penyakit yang dialami oleh Asyraf, dia terus datang untuk menghulurkan bantuan. Pada masa yang sama, Iskandar ingin mengetahui kebenaran daripada Sabila. Berjayakah Iskandar mendapat kebenaran yang bertahun lamanya disembunyi oleh Sabila? Adakah kepulangan Sabila akan mengubah segala-galanya? Berjayakah Iskandar dan Sabila mengecapi kebahagian yang pernah punah sebelum ini? Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya?"

comey jer fathia latif ni.. :-

No comments:

Post a Comment